Skip to playerSkip to main content
11 lelaki mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan bersama merusuh di hadapan sebuah sekolah dalam kejadian pada Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.

Mohamad Nun Mohamad Jupri, 34, V Rathakisnan, 22, Soman Sri Mahen Deren, 19, Muhammad Haikal Mohammad Rafiq, 19, Chad Sebastian George Albert, 19, Elijah Yong, 19, Cheow Junnuo, 24, Tony Yen Chun Yun, 19, R Divagar, 20, Muhammad Amirul Hafiz Abdullah, 21 dan Ng Chern Yeow, 24 membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Noor Idayu Salim di Mahkamah Majistret 2 George Town pada Rabu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795488/berita/semasa/11-lelaki-mengaku-tidak-bersalah-merusuh-depan-sekolah

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesrusuhan #11lelakinafirusuhdihadapansekolah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebelas lelaki mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan merusuh di hadapan sebuah sekolah dalam kejadian pada Ogos lalu.
00:09Tertuduh Muhammad Nun Muhammad Jupri, 34 tahun, V. Ratakisnan, 22 tahun, Soman Sri Mahindaran, 19 tahun,
00:18Muhammad Haikal Muhammad Rafiq, 19 tahun, Chet Sebastian George Albert, 19 tahun, Elia Yong, 19 tahun, Chau Jun Nuo, 24
00:29tahun, Tony Yen Chun Yun, 19 tahun, R. Divagar, 20 tahun,
00:35Muhammad Amirul Hafiz Abdullah, 21 tahun, dan Ng Chen Yao, 24 tahun, membuat pengakuan tersebut di hadapan Magistret Nur Idayu
00:45Salim di Mahkamah Magistret 2 Georgetown pada Rabu.
00:49Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menyertai rusuhan dan memiliki benda boleh memudaratkan atau senjata maut yang boleh digunakan untuk menyerang.
00:59Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah sekolah di air hitam pada jam 2.45 pagi, 29 Ogos lalu.
01:09Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan sebutan semula kes pada 19 Oktober untuk serahan dokumen.
01:19Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan polis Pulau Pinang menahan 23 lelaki tempatan dalam beberapa siri serbuan di negeri ini dan
01:29selangor susulan rusuhan bersenjata membabitkan dua kumpulan geng 04 di air hitam pada 29 Ogos lalu.
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended