Skip to playerSkip to main content
  • 6 weeks ago
CEO CAAM Norazman Mahmud berkata Layang Layang Aerospace gantung sukarela semua pesawat dilengkapi enjin Rolls-Royce 250.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Layang-layang aerospace secara sukarela menggantung sementara perkhidmatan helikopter BO-105
00:07serta pesawat lain yang dilengkapi engine Rolls-Royce 250, susulan nahas berhampiran stallport long lelang di Sarawak.
00:16Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia atau CAAM,
00:21Norazman Mahmud berkata tindakan itu adalah sebagai langkah percugahan keselamatan
00:26dan bukannya petanda nahas tersebut berpunca daripada kerosakan enjin atau masalah teknikal.
00:32Menurutnya, sijil kelayakan udara helikopter terbabit masih sah sehingga 4 Ogos 2027,
00:39manakala sijil pendaftarannya pula sah sehingga 28 Julai 2029.
00:44Beliau turut menegaskan usia pesawat bukan penentu keselamatan selagi ia diselenggara dengan baik.
00:50CAAM kini memantau proses penggantungan operasi dan pemeriksaan oleh pengendali
00:56selain menyemak rekod kawal selia pesawat, syarikat serta juruterbang.
01:00Siasatan bebas pula diketuai Biro Siasatan Kemalangan Udara atau BKSU
01:05di bawah Kementerian Pengangkutan.
01:08Norazman menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat spekulasi mengenai punca insiden
01:13sama ada melibatkan masalah teknikal, cuaca atau kesilapan manusia.
01:18Katanya keputusan muktamad hanya akan dikeluarkan selepas siasatan BSKU selesai.

Recommended