00:00Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bekas Perdana Menteri Najib Razak untuk menangguhkan sabitan dan hukuman penjara 15 tahun serta
00:10pelaksanaan denda RM11.387 billion dalam kes 1MDB.
00:15Hakim Nurwina Madnurdin berkata, tiada merit dalam permohonan itu selepas mendengar hujah Peguam Najib, Syafiq Abdullah dan timbalan pendakuraya Ahmad
00:26Akram Garib.
00:27Hukuman penjara 15 tahun itu dijadual bermula pada 2028 selepas Najib selesai menjalani hukuman penjara 6 tahun bagi kes SRC
00:36International.
00:37Susulan keputusan itu waran komitel baru akan dikeluarkan terhadap Najib dalam tempoh 2 tahun.
00:43Tahun lalu Najib dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.387 billion selepas didapati bersalah atas 4 pertuduhan menyalahgunakan
00:55kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram
00:58melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 billion yang dimasukkan ke akaun MBank beliau antara Februari 2011 hingga Desember 2014.