00:00Keputusan berkaitan pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dilihat berdasarkan kedudukan Perlembagaan Persekutuan dan tidak dikaburkan oleh perbezaan
00:11politik.
00:12Ketua Wanita Keadilan Datuk Seri Fadina Siddiq berkata pihaknya menghormati keputusan berkenaan serta menjunjung institusi raja berperlembagaan.
00:24Menurutnya pengampunan merupakan wewenang yang dipertuan agung sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak seharusnya digambarkan sebagai keputusan Perdana Menteri
00:33atau Pakatan Harapan.
00:35Beliau berkata pihaknya mengakui keputusan itu mengundang pelbagai reaksi termasuk rasa kecewa dan marah selain menegaskan rakyat berhak bersuara serta
00:44mendapatkan penjelasan.
00:46Pada masa sama, Fadina berkata kerajaan tetap mempunyai tanggungjawab memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung perkara itu.
00:54Beliau turut menegaskan penghormatan terhadap keputusan pengampunan itu tidak bermakna pendirian keadilan terhadap rasuah dan salah guna kuasa berubah.
01:03Katanya prinsip parti itu adalah memastikan undang-undang terus berjalan tanpa mengira pangkat atau pengaruh seseorang.
Comments