00:00Enam warga Perancis yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan Daesh mula dibicarakan di Irak pada Ahad.
00:09Kesemua tertuduh ketika didakwa di Mahkamah Jenayah Baghdad itu berdepan hukuman mati.
00:15Jika disabitkan kesalahan atas jenayah terhadap Irak dan rakyat negara itu.
00:22Enam lelaki itu didakwa di bawah Undang-Undang Anti-Pengganas Irak dan merupakan sebahagian daripada 47 tahanan warga Perancis yang
00:31dipindahkan dari penjara di Timur Laut Syria ke Irak tahun lalu.
00:36Perbicaraan ditangguhkan sehingga 5 Oktober bagi memberi masa kepada Peguam Pembelaan meneliti fail kes.
00:43Daesh menawan sebahagian besar wilayah Irak dan Syria pada tahun 2014 sebelum ditewaskan pasukan pakatan diketuai Amerika Syarikat 5 tahun
00:53kemudian.
00:54Amerika Syarikat pada Januari lalu mengumumkan pemindahan tahanan Daesh itu susulan kebimbangan terhadap keselamatan kemudahan tahanan di Timur Laut Syria.
Comments