00:00Baik, ancaman terhadap bahasa etnik di Sabah bukan lagi soal jumlah penutur yang semakin berkurangan.
00:06Isunya ialah apabila generasi muda hanya memahami bahasa ibunda tanpa lagi menggunakannya dalam kehidupan harian.
00:12Menurut pencerahkanan Institut Kajian Orang Asal Borneo, Universiti Malaysia Sabah, Dr. Mohd Johar Harun,
00:18keadaan itu boleh melemahkan proses pewarisan bahasa kepada generasi akan datang.
00:23Kita bukan melihat persoalan yang penting di sini adalah bukan berapa banyak bahasa etnik yang kita ada.
00:29di Sabah khususnya.
00:31Tapi persoalan utama ialah siapa yang akan menuturkan bahasa-bahasa ini dalam tempoh 10, 20 ataupun 30 tahun daripada sekarang.
00:40Kerana kita bukan perlu menghitung berapa ramai yang mampu menutur pada masa kini.
00:46Tetapi bagaimana melestarikan bahasa?
00:48Menurut beliau, kebanyakan bahasa etnik di Sabah masih mempunyai komuniti penutur aktif dan belum berada pada tahap pupus.
00:55Namun cabaran utama yang dikenalpasti ketika ini ialah peralihan penggunaan bahasa.
01:00Apabila generasi muda lebih cenderung menggunakan bahasa Melayu, bahasa Inggeris atau dialect Melayu Sabah dalam urusan harian.
01:07Keadaan itu menyebabkan bahasa ibunda semakin kurang digunakan di rumah sekaligus menjejaskan proses pemindahan bahasa daripada generasi lama kepada generasi
01:15muda.
01:15Yang membimbangkan bukan semata-mata jumlah penutur, macam saya tekankan sebentar tadi.
01:21Tetapi siapa yang menuturkan?
01:23Kalau menceriti penutur aktif ialah generasi datuk nenek, iaitu generasi lama, sedangkan anak-anak ataupun generasi muda ini hanya memahami,
01:32tetapi tidak lagi bercakap, maka proses pewarisan bahasa itu sedang semakin melemah ataupun berlaku yang penerungan keberdayaan bahasa itu sendiri.
01:41Beliau berkata usaha memelihara bahasa tidak boleh bergantung kepada dokumentasi semata-mata,
01:46sebaliknya perlu disokong melalui penggunaan aktif dalam keluarga dan komuniti agar bahasa ibunda terus hidup serta diwariskan kepada generasi akan
01:55datang.
Comments