00:00Penyelam Indonesia menemukan tiga lagi mayat dari dalam feri Virgo Transport 8 yang tergelam pada Isnin menjadikan angka korban 13
00:09orang ketika operasi mencari dan menyelamat SAR memasuki hari ke-9.
00:14Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia Basarnas Mohd Syafie berkata penyelam daripada Basarnas Special Group BSG menemukan mayat berkenaan
00:25dari dalam feri Malang itu masing-masing pada 9.04 pagi, 9.13 pagi dan 2.24 petang waktu tempatan.
00:36Operasi pencarian di dasar laut akan diteruskan bagi mengesan mereka yang dipercayai masih terperangkap di dalam feri itu.
00:44Setakat Isnin, 122 penumpang feri masih hilang manakala 108 yang lain berjaya diselamatkan.
00:52Operasi SAR akan diteruskan dan setiap penemuan adalah sebahagian daripada usaha untuk memberikan kepastian kepada keluarga mangsa.
01:00Feri penumpang yang membawa 243 orang dan 89 kenderaan itu terputus hubungan pada awal 13 September ketika dalam pelayaran dari
01:10Surabaya di Jawa Timur ke Banjar Masin di Kalimantan Selatan sebelum ditemukan terbalik di Laut Jawa.
01:17Sebagian feri itu masih berada di atas permukaan air ketika pertama kali ditemukan.
01:22Namun kemudian tenggelam hingga kedalaman kira-kira 29 meter menjelang 17 September dan terus tenggelam lebih dalam menurut Basarnas.
01:31Dengan 122 orang masih belum ditemukan, Basarnas melanjutkan operasi SAR selama 7 hari selepas tempoh pencarian awal 7 hari berakhir.
01:41Terima kasih kerana menonton!
Comments