Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Rangkuman korporat kali ini menyoroti AirAsia Malaysia yang mengekalkan gelaran syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia buat kali ke-17, Proton melancarkan cabang pembiayaan sendiri menerusi Proton Capital, manakala Winstar Capital merancang menerbitkan sukuk RM300 juta bagi membiayai pelaburan, pengambilalihan tanah dan pembiayaan semula pinjaman.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Air Asia Malaysia dinobatkan sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia buat kali ke-17 berturut-turut pada Skytrax World
00:08Airline Awards 2026 di London ketika syarikat penerbangan itu meraihkan ulang tahun ke-25 operasinya.
00:15Pencapaian itu hadir ketika Air Asia Malaysia turut memperoleh pembaharuan sijil pengendali udara daripada Civil Aviation Authority of Malaysia bagi
00:24tempoh 3 tahun sehingga 30 September 2029.
00:27Air Asia Malaysia kekal sebagai perniagaan terbesar dalam Air Asia Group Berhad dengan mengasai sekitar 61% kapasiti pasaran domestik
00:36Malaysia serta menyumbang 34% daripada jumlah penerbangan di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur.
00:43Syarikat itu kini mengendalikan 1,620 penerbangan seminggu ke-15 destinasi domestik dan 73 destinasi antarabangsa merentasi 22 negara.
00:53Air Asia Malaysia turut menjagakan penambahan pesawat bagi pasaran Malaysia dalam usaha memperkukuh rangkaian domestik dan serantau serta beralih kepada
01:01penggunaan pesawat badan sempit yang lebih cekap.
01:08Proton Holdings Berhad melancarkan cabang pembelian automotifnya sendiri, Proton Capital Seneberhad bagi menjagakan pilihan tambahan kepada pelanggan untuk membiayai pembelian
01:17kenderaan baru Proton.
01:19Pada fasa awal, Proton Capital akan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan individu menerusi 12 cawangan Proton yang mengambil bahagian di lembah
01:27kelak.
01:28Kemudahan itu turut terbuka kepada individu bekerja sendiri serta pelanggan yang mempunyai sumber pendapatan boleh disahkan.
01:34Pada peringkat awal, Proton Capital menawarkan pembiayaan sewa beli konvensional bagi kenderaan Proton baru termasuk pakej kadar tetap standard serta
01:43pakej khusus untuk Proton S70 di bawah program taksi madani.
01:47Proton turut menyasarkan untuk memperkenalkan pilihan pembiayaan patuh syariah pada awal November tertaluk kepada ketersediaan produk serta terma dan syarat
01:56berkaitan.
01:58Setiap permohonan akan dinilai secara individu dengan mengambil kira pendapatan, komitmen kewangan sedia ada, maklumat kredit serta kemampuan pemohon membuat
02:06bayaran balik.
02:08Bagi permohonan lengkap yang tidak memerlukan dokumen atau pengesahan tambahan, Proton Capital menyasarkan untuk memberikan keputusan awal pembiayaan dalam tempoh
02:16satu hari bekerja.
02:20Winsta Capital Berhad bercadang menerbitkan sukuk bernilai sehingga RM300 juta bagi membiayai aktiviti pelaburan dan pengambil alihan tanah selain membiayai
02:29semula pinjaman sedia ada.
02:31Kumpulan itu telah mengemukakan program sukuk murabaha berkenaan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dengan sebahagian hasil terbitan turut digunakan bagi modal
02:40kerja serta menampung perbelanjaan berkaitan penerbitan.
02:44Program sukuk itu mempunyai tempoh 30 tahun dengan terbitan pertama dijangka dilaksanakan dalam tempoh 90 hari bekerja daripada tarikh penyerahan
02:52dokumen.
02:53MBSB Investment Bank Berhad dan MBSB Bank Berhad bertindak sebagai penasihat utama bersama, pengatur utama bersama dan pengurus utama bersama
03:02selain sebagai penasihat syariah bagi program berkenaan.
03:05Winsta Capital yang disenaraikan di pasaran ACE Bursa Malaysia pada Desember 2024 menjalankan peniagaan dalam sektor pembuatan aluminium dan tenaga
03:14solar.
03:14Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended