Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Syarikat perlu memastikan penggunaan teknologi moden dan automasi bergerak seiring dengan peningkatan kemahiran pekerja supaya produktiviti yang lebih tinggi dapat diterjemahkan kepada gaji lebih baik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Syarikat perlu memastikan penggunaan teknologi modern bergerak seiring dengan peningkatan kemahiran pekerja
00:06bagi membolehkan produktiviti diterjemahkan kepada gaji yang lebih tinggi.
00:11Penasihat Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia MEF, Datuk Samsudin Bardan berkata,
00:17kemajuan teknologi dan otomasi tidak wajar hanya tertumpu kepada kecekapan operasi syarikat,
00:22sebaliknya perlu disertai latihan yang membolehkan pekerja menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.
00:30Syarikat syarikat harus melihat bagaimana mereka dapat sebenarnya mengimbangi kendak-kendak teknologi modern
00:38untuk mereka beroperasi dan pekerja-pekerja harus memberikan latihan yang sewajarnya
00:43supaya mereka dapat menangani isu-isu baru yang timbul mengenai kemahiran itu
00:49juga mengenai teknologi modern, digitalisasi dan juga otomasi.
00:54Jadi, bila kita dapat meningkatkan kemahiran pekerja berkenaan,
00:58sudah pasti majikan akan dapat timbuhan ataupun majikan akan dapat membayar gaji pekerja
01:05kerana mereka dapat untungan yang lebih dan pekerja lebih produktif.
01:09Justeru kata beliau, pendekatan seperti dasar gaji progresif penting
01:13kerana peningkatan gaji turut digandingkan dengan latihan dan peningkatan kemahiran pekerja.
01:18Pendekatan itu membolehkan pekerja meningkatkan keupayaan dan produktiviti
01:23sekaligus mewujudkan asas lebih kukuh kepada majikan untuk menawarkan gaji yang lebih tinggi.
01:29Pada masa sama, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia MBM, Syafiq Rizwan Jamaluddin berkata
01:34kerajaan dan majikan perlu bergerak seiring menjadikan lebih banyak pekerjaan berkualiti,
01:39berproduktiviti tinggi dan menawarkan gaji lebih bermaruah kepada belia.
01:43Menurutnya cabaran lebih ketara di kawasan tumpuan ekonomi seperti Kuala Lumpur dan Selangor
01:48apabila peluang kerja yang ada masih belum sepenuhnya sepadan
01:52dengan kemahiran serta kosan hidup yang tinggi.
01:55Beliau turut menyeru majikan menawarkan gaji permulaan yang lebih realistik
01:59dengan kos sewa, pengakutan dan makanan
02:01selain menekankan perlunya jalan tengah antara belia, majikan, kerajaan dan pembuat dasar.
Comments

Recommended