Skip to playerSkip to main content
  • 25 minutes ago
Pemuda PH Negeri Sembilan berkata jika dua pegawai kanan itu melakukan kesalahan atau berdepan isu tatatertib, kerajaan negeri perlu menjelaskan asas tindakan serta proses sedang dijalankan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pemuda Pakatan Harapan Negeri 9 menuntut penjelasan Kerajaan Negeri berhubung penggantungan setiausaha Kerajaan Negeri atau SUK, Zafir Ibrahim dan Penasihat
00:12Undang-Undang Negeri, Muzalmah Mustafa Kamal.
00:15Dalam satu kenyataan, Pemuda PH berkata, Kerajaan Negeri perlu menjelaskan sama ada tindakan itu berkait pandangan atau nasihat profesional yang
00:24diberikan kedua-dua pegawai berhubung krisis perlembagaan semasa.
00:28Tambahnya jika Zafir dan Muzalmah melakukan kesalahan atau berdepan isu tata tertik, Kerajaan Negeri perlu menjelaskan asas penggantungan serta proses
00:38yang sedang dijalankan.
00:40Katanya kedua-dua jawatan itu penting dalam memberi nasihat pentadbiran dan perundangan kepada Kerajaan Negeri.
00:46Terdahulu, Menteri Besar Ismail Lasin berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebulat suara memutuskan menggantung tugas kedua-dua pegawai itu berkuat
00:56kuasa serta-merta ketika status ex-co dipertikaikan selepas yang dipertuan besar membatalkan pelantikan mereka.
01:03Pemuda PH turut mengaitkan perkembangan itu dengan pergolakan politik 2015 dan menggesa Kerajaan Negeri memberi penjelasan segera bagi mengelak persepsi
01:15bahawa pegawai yang menghalang mempertikai atau memberi nasihat yang tidak diterima akan disingkirkan.
01:20Khadija Juno, FMT
Comments

Recommended