00:00Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya ditutup esok susulan keadaan jerebu, kata Menteri Pendidikan, Fadlina Siddiq.
00:11Fadlina berkata penutupan turut melibatkan sekolah di beberapa kawasan di Selangor dan Pahang,
00:18iaitu Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat, Sepang, Kuantan dan Rompin.
00:24Bagaimanapun, sekolah di Kuala Lumpur, Labuan, Kedah, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Sabah dan Sarawak serta kawasan lain di
00:35Selangor dan Pahang akan beroperasi seperti biasa.
00:38Menerusi kenyataan di Facebook, beliau berkata pihak sekolah diminta memastikan aktiviti luar dipantau berdasarkan tahap kualiti udara
00:48selain menasihatkan supaya memakai pelitup muka yang sesuai ketika berada di luar.
00:54Fadlina turut mengingatkan orang ramai supaya merujuk pengumuman rasmi pihak sekolah,
01:00pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri masing-masing
01:04bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai operasi sekolah.
01:09Akram Daniel, FMT