Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Hayatul Kamil berkata pengalaman Adly Zahari mentadbir Melaka dan kedudukannya dalam kerajaan pusat menjadi kelebihan untuk dicalonkan sebagai ketua menteri.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Timbalan Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan Hayatul Kamil mencadangkan Adli Zahari diketengahkan sebagai poster boy dan calon Ketua Menteri Pakatan Harapan
00:11bagi menghadapi pilihan raya negeri Melaka pada 14 November ini.
00:16Beliau berkata Adli mempunyai pengalaman mentakbir Melaka selepas PRU14 dari 2018 hingga 2020 selain mengamalkan pendekatan inklusif dan mesra rakyat.
00:27Tambahnya kedudukan Adli sebagai Timbalan Menteri Pertahanan turut memberikan pengalaman pentadbiran di peringkat negeri dan persekutuan.
00:35Hayatul berkata persetujuan awal mengenai calon Ketua Menteri penting bagi mengelakkan persepsi perebutan kuasa dalam PH yang boleh menjejaskan keyakinan
00:44pengundi.
00:45Menurutnya kesepakatan itu juga membolehkan PKR, DAP dan Amanah menumpukan usaha di kerusi penting seperti Rembia, Pengkalan Batu, Rim dan
00:55Kuala Linggi.
00:55Bagaimanapun keputusan Muktamad masih bergantung pada rundingan pembagian kerusi dan pertimbangan pucuk pimpinan PH.

Recommended