Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Angka korban feri Virgo Transport 8 yang karam di Laut Jawa meningkat kepada 20 orang, manakala operasi mencari 115 lagi mangsa masih diteruskan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Angka korban insiden feri penumpang yang karam di Laut Jawa, Indonesia meningkat kepada 20 orang, manakala 115 lagi masih hilang.
00:09Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia, Muhammad Syafiee berkata, operasi mencari mangsa masih diteruskan dengan kawasan pencarian bawah air
00:16diperluaskan lebih seminggu selepas kejadian.
00:21Feri Virgo Transport 8 membawa 243 orang termasuk 30 kru ketika ia terbalik dan karam dalam keadaan cuaca buruk pada
00:29awal 13 September lalu.
00:31Ketika kejadian, feri berkenaan dalam perjalanan dari Surabaya, Jawa Timur menuju Banjarmasin, Kalimantan Selatan.
00:38Pasukan pegawai pantai dan tentera laut menemukan 8 mayat dari dalam feri sepanjang 3 hari lalu manakala 2 lagi ditemukan
00:45terdampar di pesisir wilayah Kalimantan Tengah.
00:48Lokasi penemuan 2 mayat berkenaan terletak kira-kira 253 km dari lokasi kejadian.
00:55Setakat Rabu, pihak berkuasa mengesahkan 20 mangsa terkoban, 115 masih hilang, manakala 108 orang terselamat.
01:02Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dengan pihak berkuasa menjangkakan lebih banyak mangsa mungkin ditemukan susulan peluasan pencarian bawah air.

Recommended