Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Chin Hock Khan didakwa di bawah Seksyen 51 Akta Rasuah, Pemerdagangan Dadah dan Jenayah Berat Lain (Perampasan Hasil Jenayah) 1992 dan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda sehingga S$500,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang lelaki warga Malaysia berusia 27 tahun yang dituduh mendalangi operasi pengubahan wang haram di Singapura didakwa di mahkamah pada
00:09Rabu.
00:09Menurut pasukan polis Singapura SPF, Chin Ho Kahn, yang juga dikenali sebagai Dasiang, didakwa menyelaraskan satu skim penipuan melibatkan individu
00:19yang menyama sebagai pegawai kerajaan.
00:25Tertuduh turut merekrut rakyat Malaysia untuk menjalankan aktiviti penipuan dan pengubahan wang haram.
00:31Haw Kahn didakwa di bawah Seksyen 51 Akta Rasuah, Pemerdagangan Dadah dan Jenayah Berat Lain, Kurungan Perampasan Hasil Jenayah 1992
00:39dan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda sehingga $500,000 Singapura atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
00:48Dia ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia di Malaysia pada Selasa dan diserahkan kepada SPF pada hari
00:56sama.
00:57Menurut SPF, siasatan awal mendapati Haw Kahn telah bertemu dengan sekurang-kurangnya empat orang rana atau penghantar warga Malaysia beberapa
01:05kali di Malaysia.
01:07Ia bertujuan memberikan tugasan menyelaraskan pengeluaran wang melalui ATM serta membayar upah mereka.
01:13Atas arahannya, para penghantar membawa barangan emas yang dikutip daripada mangsa penipuan ke Johor Bahru dan menyerahkan barangan itu secara
01:21fizikal kepadanya.
01:22Jelas polis Haw Kahn dipercayai bertanggungjawab melakukan pengubahan wang haram berjumlah sekurang-kurangnya $500,000 Singapura yang diperoleh daripada kegiatan
01:31penipuan dan sumber haram.
01:33Ujah SPF, terdapat peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang pergi ke Singapura untuk membantu sindiket penipuan, mengutip wang tunai dan barang
01:43berharga daripada mangsa.

Recommended