Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Bacaan kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dijangka dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat Disember ini.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kementerian itu sedang giat berusaha melengkapkan siri libat urus secara komprehensif dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan RUU itu mengambil kira keseluruhan ekosistem pendidikan tinggi negara sebelum dibentangkan ke Parlimen.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bacaan kali pertama rang undang-undang RUU bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 atau AUKU
00:08dijangka dibentangkan pada Persidangan Dewan Rakyat Disember ini.
00:12Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zamri Abdul Qadir berkata kementerian itu giat melengkapkan siri libat urus secara komprehensif
00:19dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan RUU itu mengambil kira keseluruhan ekosistem pendidikan tinggi negara
00:28sebelum dibentangkan ke Parlimen.
00:32Zamri berkata pengubalan RUU untuk menggantikan AUKU bukan sekadar tertumpu kepada isu kebebasan mahasiswa
00:39sebaliknya berangkumi struktur pentadbiran, tatbir urus universiti serta aspek akademik secara menyeluruh.
00:46Beliau berkata di dalam AUKU terdapat 44 seksyen dan 7 daripadanya melibatkan mahasiswa
00:51manakala yang lain perkara berkaitan penubuhan dan tatbir urus universiti, akademik serta lain-lain.
00:59Zamri berkata siri libat urus terbaharu diadakan bersama-sama jawatan kuasa pilihan khas Parlimen
01:04bagi mendapatkan maklum balas daripada wakil kerajaan dan pembangkang.
01:09Beliau ditemui selepas Majlis Penutup Sinang Kemuncak Pelaburan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Yuris
01:152026 di Ibu Negara pada Rabu.
01:21Sebab apabila kita bercakap tentang AUKU yang nak dipindah itu, dia melibatkan 4 per 4 seksyen
01:29yang mana 7 seksyen itu melibatkan mahasiswa.
01:33Tapi yang lain itu melibatkan dari segi penubuhan universiti, tatbir urus universiti,
01:40dari segi akademik dan lain-lain lagi.
01:42Jadi dia banyak perkara yang saya nak beri gambaran ini kepada kita supaya kita memahami
01:47apabila kita nak buat sesuatu akta yang baru, dia mesti mengambil keseluruhan aspek ekosistem
01:55yang ada di dalam pendidikan tinggi negara.
01:59So we are trying our best untuk memastikan supaya apa yang dihajati itu dapat kita laksanakan
02:04pada kadar yang segera.
02:06Dari segi timeline, kita akan cuba berusaha untuk kita, sama ada boleh kita lakukan pada bacaan pertama,
02:14bacaan pertama mungkin dalam sidang parlimen bulan 12 pada 10 ada,
02:20tapi kalau bulan 10 itu mungkin agak terlalu sukar untuk kita lakukan,
02:26mungkin akan di sesi yang akan datang.
02:29Tapi saudara-saudari harus ingat, ia akan melibatkan dari segi libat urus yang sangat besar ini.

Recommended