Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Bekas menteri besar Negeri Sembilan turut gesa Ismail Lasim perjelas mengapa tandatangan dokumen proklamasi berkaitan Yang Dipertuan Besar 3 Ogos lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bekas Menteri Besar Negeri 9 Aminuddin Harun menggesa Menteri Besar Ismail Lasim berterus terang kepada rakyat dan menghentikan tuduhan menyalahkan
00:10kerajaan terdahulu berhubung kemelut institusi diraja negeri itu.
00:14Menerusi hantaran di Facebook Aminuddin berkata Ismail perlu menjelaskan mengapa beliau menandatangani dokumen proklamasi berkaitan yang dipertuan besar pada 3
00:25Ogos lalu sedangkan beliau sendiri menolak untuk menandatanganinya pada April atas faktor keraguan proses undang-undang.
00:32Katanya dokumen proklamasi bertarikh 19 April itu pernah dikemukakan kepadanya untuk ditandatangani mengikut Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri
00:439 atau UUTKNS 1959.
00:47Aminuddin turut menyokong pendirian Jabatan Peguam Negara yang sebelum ini memutuskan proklamasi 19 April tidak sah kerana gagal mematuhi kehendak
00:58mandatori siasatan penuh di bawah Perkara 10 UUTKNS.
01:02Semalam Ismail dalam satu sidang media berkata, kemelut melibatkan institusi adat dan raja di negeri 9 bukan berpunca daripada pentadbiran
01:12semasa tetapi diwarisi akibat kegagalan Menteri Besar terdahulu melaksanakan tanggungjawab mengikut UUTKNS.

Recommended