00:00Seterusnya, Biduan Nita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengukuhkan statusnya sebagai ikon muzik tanah air apabila merangkul trofi lagu
00:06terbaik pada AIM 25 di Kuching malam tadi.
00:09Siti Nurhaliza yang berusia 47 tahun memenangi kategori itu menerusi lagu Pesanan Buat Diri yang turut dinobatkan sebagai lagu tradisional
00:17terbaik.
00:19Beliau juga meraih trofi vokal wanita terbaik menerusi Kesuma dan kategori kolaborasi artis atau penulis lagu tempatan bersama artis atau
00:29penulis lagu luar negara terbaik menerusi Cenderamaya.
00:32Aisyah Retno pula memenangi album terbaik menerusi album sulungnya Rehab selain rakaman album terbaik dan lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi
00:41Orbit.
00:41Mimi Fly turut mencuri tumpuan dengan mengenggam lima trofi manakala Mawat menjadi penerima sulung anugerah lagu Borneo terbaik menerusi Dayang
00:51Bintang.
00:52Beliau meraih trofi lagu perayaan terbaik dan lagu dengan hasilan tertinggi di TikTok menerusi Serumpun, Video Muzik Terbaik serta lagu
01:00pok elektronik atau tarian terbaik menerusi Temberang dan Susunan Muzik Terbaik dalam lagu menerusi Nara.
01:06Kemenangan Mawat menerusi Dayang Bintang pula menjadikannya artis pertama merangkul kategori baru itu sekaligus mengangkat bahasa, budaya dan identiti muzik
01:17Borneo ke pentas anugerah nasional.
01:20Acara kemuncak menyaksikan penyanyi rock Ella dianugerahkan anugerah Sri Wirama sebagai perhargaan atas sumbangannya kepada industri muzik tanah air.
Comments