Skip to playerSkip to main content
  • 17 minutes ago
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga serta mengenang jasa Tun Dr Siti Hasmah dalam bidang perubatan, kesejahteraan masyarakat dan sumbangannya kepada negara.
Transcript
00:00Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr.
00:08Mahathir Mohamad
00:09serta seluruh keluarga atas pemergian Al-Yarham Tun Dr. Siti Asma Maham Ali.
00:14Ahmad Zahid berkata, negara kehilangan seorang tokoh wanita yang begitu dihormati dan dekat di hati rakyat Malaysia
00:21selain menyifatkan pemergian Al-Yarham sebagai satu kehilangan besar kepada keluarga dan negara.
00:27menurutnya rakyat menjadi saksi selama puluhan tahun bagaimana Al-Yarham menjadi teman hidup Tun Dr. Mahathir
00:35membesarkan keluarga serta sentiasa mendampingi beliau ketika memikul amanah kepada negara.
00:43Ahmad Zahid turut mengenang sumbangan Al-Yarham dalam bidang perubatan dan keprihatinannya terhadap kesejahteraan masyarakat.
00:51menurutnya kelembutan kesederhanaan dan keteguhan Al-Yarham sepanjang hayat menjadikan beliau seorang insan
00:59yang disayangi serta contoh teladan kepada rakyat Malaysia.
01:04beliau turut mendoakan agar Allah SWT mengampuni Al-Yarham menerima segala amal kebajikannya dan menempatkan ruhnya dalam kalangan orang beriman.
01:14Pada masa sama, Ahmad Zahid mendoakan agar Tun Dr. Mahathir serta seluruh keluarga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan
01:24itu.
01:25Tun Dr. Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara IJN Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi Isnin pada
01:35usia 100 tahun.
01:36berita pemergiannya disahkan oleh anaknya Tan Sri Muhzani Mahathir.

Recommended