00:06Negara dikejutkan dengan berita pemergian Ton Dr. Siti Hasmah Muhammad Ali, tokoh wanita yang banyak menyumbang dalam bidang perubatan, kesihatan
00:16awam dan kebajikan masyarakat.
00:18Ton Dr. Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara IJN menutup lembaran hidup seorang wanita
00:27yang bukan sahaja dikenali sebagai isteri kepada bekas Perdana Menteri Ton Dr. Mahathir Mohamad tetapi juga sebagai seorang doktor dan
00:36tokoh yang banyak menabur bakti kepada rakyat.
00:39Dilahirkan pada 12 Julai 1926 di kampung Jawa Kelang, Selangor, Siti Hasmah merupakan anak ke-6 daripada 10 adik-beradik.
00:50Minat terhadap bidang perubatan membawa beliau melanjutkan pengajian di King Edward VII College of Medicine di Singapura.
00:58Disinilah beliau bertemu dengan seorang penuntut perubatan yang kemudiannya menjadi pasangan hidupnya, Ton Dr. Mahathir Mohamad.
01:05Pada tahun 1955, beliau menamatkan pengajian dan memulakan hikmat sebagai seorang doktor.
01:13Setahun kemudian, pada 5 Ogos 1956, Siti Hasmah dan Mahathir mendirikan rumah tangga.
01:20Perkahwinan itu dikurniakan 7 cahaya mata, 4 anak lelaki dan 3 anak perempuan.
01:26Namun, tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tidak pernah menghalang Siti Hasmah daripada terus berkhidmat dalam bidang perubatan.
01:34Beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Al-Ostah sebelum meneruskan hikmat dalam bidang kesihatan awam.
01:42Pada tahun 1965, beliau mencatat sejarah apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai pegawai perubatan di Jabatan Kesihatan Ibu dan Anak.
01:539 tahun kemudian, beliau sekali lagi mencipta sejarah apabila dilantik sebagai pegawai kesihatan ibu dan anak negeri Kedah.
02:01Fokusnya banyak diberikan kepada kesihatan wanita dan kanak-kanak khususnya masyarakat di kawasan luar bandar.
02:08Beliau turun padang mendekati masyarakat dan memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan, imunisasi, kebersihan serta kesihatan ibu dan anak.
02:20Ketika Ton Dr. Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat pada tahun 1981, Siti Hasmah memasuki fasa baru dalam kehidupannya
02:30sebagai isteri Perdana Menteri.
02:33Namun, beliau bukan sekadar berada di sisi suami.
02:37Sebaliknya, Siti Hasmah terus aktif dalam pelbagai usaha berkaitan kesihatan, kebajikan wanita dan kanak-kanak serta pencegahan penyalahgunaan dadah.
02:47Beliau juga memberi perhatian terhadap isu wanita, kesihatan mental dan kebajikan masyarakat.
02:53Pada tahun 1995, beliau mengetuai delegasi Malaysia ke United Nations Fort World Conference on Women di Beijing.
03:02Subangan dan jasanya turut menerima pelbagai pengiktirafan.
03:06Pada tahun 2003, beliau dianugerahkan Seri Setia Mahkota Malaysia SSM yang membawa gelaran Ton.
03:13Sepanjang perjalanan hidupnya, Siti Hasmah bukan sekadar dikenali sebagai isteri kepada seorang Perdana Menteri.
03:20Beliau adalah seorang doktor yang berkhidmat kepada rakyat, seorang wanita yang mencatat sejarah dalam bidang perubatan dan seorang tokoh yang
03:29terus memberi perhatian kepada kebajikan wanita, kanak-kanak dan masyarakat.
03:34Dalam kehidupan peribadinya, Siti Hasmah dan Ton Dr. Mahathir melalui lebih tujuh dekad bersama.
03:40Daripada zaman sebagai doktor muda, membesarkan tujuh anak hingga melalui pelbagai fasa sebagai keluarga nombor satu negara.
03:49Di sebalik sosok seorang Perdana Menteri, ada seorang wanita yang sentiasa berada di sisinya.
03:56Dan wanita itu adalah Ton Dr. Siti Hasmah.
03:59Pada 12 Julai 2026, beliau menyambut ulang tahun ke-100, genap satu abad usianya.
04:07Siti Hasmah terus dikenang atas subangan dan jasanya kepada negara.
04:12Kini, beliau telah pergi meninggalkan kenangan.
04:15Namanya mungkin lebih sering disebut sebagai isteri kepada seorang Perdana Menteri.
04:20Namun, legasinya lebih besar daripada itu.
04:24Daripada seorang doktor yang berkhidmat kepada rakyat, kepada seorang tokoh yang memperjuangkan kesihatan dan kebajikan masyarakat.
04:32Dan daripada seorang ibu kepada tujuh cahaya mata, kepada seorang isteri yang setia menemani suami dalam setiap fasa kehidupan.
04:41Ton Dr. Siti Hasmah meninggalkan satu warisan yang terus dikenang dan satu nama yang akan terus terpahat dalam sejarah negara.
04:51Semoga Allah SWT mencurahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang beriman.
05:00Al-Fatiha