Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Pembangunan InterContinental Sabah Kota Kinabalu Resort bertaraf lima bintang pertama di Melinsung, Papar bakal membuka 700 peluang pekerjaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pembangunan Intercontinental Sabah Kota Kinabalu Resort bertaraf 5 bintang.
00:06Pertama di Melingsung Papar bakal membuka 700 peluang pekerjaan.
00:11Ahli Parlimen Papar, Dato' Armiza Muhammad Ali berkata pembangunan itu mampu memberi manfaat kepada ekonomi masyarakat dan perniagaan setempat.
00:19Anggaran peluang pekerjaan yang akan wujud adalah sebanyak 700 peluang pekerjaan di resort ini.
00:27Dan pada masa yang sama juga kita melihat kepada limpahan ekonomi dari aspek perniaga-perniaga kita yang berada di kawasan
00:37sekitar.
00:38Resort ini juga sepanjang daripada Kota Kinabalu mula Kinarut ke sini.
00:43Jadi itu juga kita kena melihat apa produk-produk lagi selain daripada resort ini, produk-produk masyarakat tempatan
00:52yang boleh nanti sekiranya ada pelancong yang datang ke resort ini mereka ada aktiviti sampingan.
01:00Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kuas Sari Hidup berkata pihaknya memberi jaminan pusat peranginan tersebut
01:07tidak akan berhadapan dengan isu bekalan elektrik dan air.
01:11Kita tahu isu tentang, mereka tahu juga mereka telah membuat kajian isu tentang kestabilan bekalan elektrik,
01:20isu berkaitan dengan air di kawasan ini dan mereka meminta kita memberikan asurans, jaminan.
01:27Dan pada masa itu saya masih ingat kita memberikan jaminan bahawa dalam sebaik sahaja siapnya kelak projek ini,
01:38isu-isu berkenan juga akan dapat diselesaikan.
01:40Kemajuan keseluruhan projek setakat September 2026 mencapai 34.1%
01:46manakala pembinaan hotel utama kini mencecah 47.7%.
01:51Hotel utama disasarkan mula beroperasi pada Disember 2027
01:56manakala keseluruhan pusat peranginan dijangka siap dan beroperasi pada tahun 2028.

Recommended