Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Menurut analisa yang dilakukan oleh syarikat barangan pengguna India, Godrej International, stok minyak sawit Malaysia dijangka melepasi 3 juta tan metrik menjelang akhir Oktober, dan dijangka menjadi antara faktor utama yang menarik turun sebarang kenaikan harga.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Harga minyak sawit Malaysia dijangka kekal antara RM4,500 hingga RM5,000 setan sehingga hujung tahun ini.
00:08Menurut analisa yang dilakukan oleh syarikat barangan pengguna India, Godrej International,
00:13walaupun fenomena El Nino dijangka menolak naik harga komoditi tersebut,
00:18kenaikan itu akan dihadkan oleh stok negara yang kekal tinggi.
00:24Stok minyak sawit Malaysia dijangka melepasi 3 juta tan metrik menjelang akhir Oktober
00:29dan dijaga menjadi antara faktor utama yang menarik turun sebarang kenaikan harga.
00:34Kontrak penanda aras minyak sawit Malaysia di bursa diravatif tempatan jatuh 1.58% kepada RM4,537 setan pada Khamis
00:45selepas mencecah paras tertinggi dalam hampir dua tahun iaitu RM5,049 setan pada September.
00:53Bagaimanapun pengeluaran tahun hadapan dijangka dihadkan oleh fenomena El Nino yang membawa keadaan iklim
00:59yang lebih kering.
01:00Manakala peningkatan harga tenaga akibat ketegangan geopolitik global dijangka terus meningkatkan permintaan terhadap biodiesel
01:08dengan mandat B50 Indonesia dijangka menurunkan bekalan sekaligus menstabilkan harga pasaran.
01:15yang menyebabkan terhadap kenderaan berani adalah yang menyebabkan terhadap

Recommended