Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas pertuduhan menunggang motosikal secara tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan membabitkan dua murid sekolah, minggu lalu.
Transcript
00:00Suara lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistret Bukit Bertajam atas perpuduhan menunggang motosikal secara tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan
00:09membabikan dua murid sekolah minggu lalu.
00:11Muhammad Amin Abdul Hamid yang bekerja sebagai pembantu khidmat am membuat pengakuan itu selepas perpuduhan keatasnya dibacakan di hadapan Magistret
00:21Syarifah Razali.
00:24Mengikut pertuduhan, Muhammad Amin didakwa menunggang dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa terhadap orang lain sehingga menyebabkan kemalangan kepada
00:33dua perjalan kaki.
00:34Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Perlmatang Pauh dalam daerah seberang Perai Tengah kira-kira jam 7.20 pagi
00:42pada 23 September lalu.
00:44Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 43-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM5,000
00:54dan maksimum RM10,000 dan boleh dipenjara tidak melebihi 12 bulan.
01:00Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 November depan sebagai sebutan semula kes.
01:08Media sebelum ini melaporkan polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang melanggar dua murid yang sedang menintas jalan di hadapan
01:16sebuah sekolah rendah di Perlmatang Pauh.
01:18Dalam kejadian itu, mangsa berusia 8 dan 9 tahun dilanggar ketika menggunakan lintasan perjalanan kaki sewaktu menintas untuk ke sekolah.
01:27Kudu-dua murid terbabit mengalami kecederaan ringan.

Recommended