Skip to playerSkip to main content
  • 18 minutes ago
Sembilan kawasan di Semenanjung merekodkan IPU tidak sihat setakat 11 pagi, dengan Johan Setia mencatat bacaan tertinggi 156. Orang ramai disaran mengurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka jika perlu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebanyak sembilan kawasan, kesemuanya di Semenanjung, merekodkan bacaan indeks pencemaran udara IPU pada paras tidak sihat setakat jam 11 pagi
00:09Kamis.
00:09Berdasarkan sistem pengurusan indeks pencemar udara Malaysia APIMS, Johan Setia, Selangor mencatat bacaan tertinggi iaitu 156.
00:19Tiga kawasan iaitu Syah Alam dan Kelang di Selangor serta Putrajaya mencatatkan bacaan 152.
00:25Di Ceras, Kuala Lumpur, merekodkan kawasan dengan bacaan 128 diikuti Port Dixon dengan bacaan IPU tidak sihat 118.
00:37Daripada 68 stesen pemantauan, 52 merekodkan bacaan sederhana dan tujuh lagi pada paras baik.
00:43Tiada kawasan merekodkan bacaan sangat tidak sihat atau berbahaya setakat jam 11 pagi Kamis.
00:48Bacaan IPU 201 hingga 300 dikategorikan sangat tidak sihat.
00:54Antara 101 hingga 200 adalah tidak sihat manakala bacaan 51 hingga 100 pula berada pada tahap sederhana.
01:02Orang ramai digesa mengamalkan langkah-langkah keselamatan termasuk memakai pelitup muka sekiranya berdepan situasi jerebu di kawasan masing-masing.
01:09Terima kasih telah menonton!

Recommended