Skip to playerSkip to main content
Dua koperal trafik Bukit Aman tidak mengaku minta, terima suapan RM2,000

Dua anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka pada Rabu atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM2,000 daripada dua lelaki pada Januari lalu.

Tertuduh, Mohd Zulkhairy Zakaria, 39, dan Yaakub Yusoff, 42, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798448/berita/semasa/dua-koperal-trafik-bukit-aman-tidak-mengaku-minta-terima-suapan-rm2000

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Rasuah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dua anggota polis berpangkat kopral mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Melaka pada Rabu
00:05atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM2,000 daripada dua lelaki pada Januari lalu.
00:14Tertuduh Muhammad Zulkairi Zakaria, 39 tahun dan Yaakob Yusof, 42 tahun,
00:20membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhammad Kamil Nizam.
00:25Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa secara rasuah meminta wang berjumlah RM2,000
00:32daripada dua lelaki berusia 23 tahun sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan menjalankan ujian saringan air kencing terhadap mereka
00:41yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15-1-A Akta Dadah Berbahaya 1952.
00:49Ketika kejadian, kedua-dua tertuduh didakwa bertugas sebagai anggota polis di Jabatan Siasatan
00:56dan Penguat Kuasaan Trafik Bukit Aman.
00:59Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 1.30 pagi hingga 2 pagi pada 5 Januari 2026
01:06di Jalan Simpang 4, Alor Gajah.
01:09Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menerima wang tunai RM2,000 daripada individu yang sama
01:15sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan menjalankan ujian saringan air kencing
01:21yang disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah.
01:24Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 2.45 pagi pada tarikh yang sama
01:29di kawasan Rehat dan Rawat Air Keruh, Arah Utara, Lebuh Raya Utara Selatan.
01:34Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16-A-B Akta SPRM 2009, Akta 694
01:43yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24-1 Akta yang sama.
01:48Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM8,000 setiap seorang
01:53dengan seorang penjamin.
01:55Mahkamah menetapkan 11 November depan untuk sebutan semula kes.
02:04Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa
02:05di Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai
02:05jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa di
02:06Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa
02:07di Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai
02:07jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa di Sampai jumpa
02:07Terima kasih kerana menonton!

Recommended