Skip to playerSkip to main content
Malaysia dipercayai mula menghantar kira-kira 1,500 pelarian Myanmar pada Selasa menerusi fasa pertama program penghantaran pulang yang mencetuskan kebimbangan kumpulan hak asasi manusia.

Memetik koresponden media antarabangsa AFP, mereka adalah kumpulan pertama dari 5,000 warga Myanmar yang menurut kerajaan Malaysia bersetuju untuk dihantar pulang secara 'sukarela' daripada pusat tahanan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798287/berita/nasional/malaysia-mula-hantar-pelarian-myanmar-hari-ini

#SinarHarian #BeritaSemasa #pelarianMyanmar

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia dipercayai mula menghantar kira-kira 1,500 pelarian Myanmar pada Selasa menerusi fasa pertama program penghantaran pulang yang mencetuskan
00:11kebimbangan kumpulan hak asasi manusia.
00:14Memetik koresponden media antarabangsa AFP, mereka adalah kumpulan pertama dari 5,000 warga Myanmar yang menurut kerajaan Malaysia bersetuju untuk
00:23dihantar pulang secara sukarela daripada pusat tahanan.
00:27Berdasarkan tinjauan AFP, puluhan bas dilihat tiba dengan diiringi polis di Stadium Majlis Berbandaran Manjung berhampiran pangkalan tentera laut Lumut
00:38Perak.
00:39Bagaimanapun, pemberita tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.
00:43Warga Myanmar itu dijangka melalui proses dokumentasi sebelum dibawa ke pangkalan tentera dan seterusnya dihantar ke negara tersebut menggunakan kapal.
00:52Setakat ini, tidak dapat dipastikan maklumat tentang jumlah warga Myanmar etnik Rohingya memandangkan pihak berkuasa belum mendedahkan butirannya.

Recommended