00:00Ketua Pegawai Eksekutif, Syarikat Perlombongan Emas dan seorang Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kerajaan
00:06masing-masing tidak mengaku bersalah di Mahkamah Session Kota Kinabalu pada Isnin atas pertuduhan berkaitan rasuah.
00:13Kedua-dua tertuduh, Chong Cheh Ken, 69 tahun dan Robert Robin Milip, 60 tahun,
00:20membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Andi Razali Jaya A. Dadi.
00:27Cheh Ken berdepan tiga pertuduhan memberi suapan dalam bentuk pinjaman tunai berjumlah keseluruhan RM18,000 kepada Robert
00:35yang ketika itu merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Galian Jabatan Tanah dan Ukur JTU Sabah
00:42bagi memudahkan operasi perlombongan emas syarikat berkenaan.
00:46Bagi pertuduhan pertama, Cheh Ken didakwa memberikan RM10,000 kepada Robert di sebuah restoran di Kota Kinabalu sekitar April 2024.
00:55Dia kemudian didakwa memberikan RM3,000 sekitar Oktober 2024 bagi pertuduhan kedua
01:02manakala pertuduhan ketiga membabitkan pemberian RM5,000 di sebuah kedai di Kota Kinabalu sekitar Oktober 2025.
01:11Kesemua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 17-A Akta SPRM 2009
01:17dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24-1 Akta Sama.
01:22Sementara itu, bagi pertuduhan pertama, Robert didakwa memperoleh suapan dalam bentuk pinjaman tunai berjumlah RM10,000
01:29daripada Cheh Ken sekitar April 2024 di sebuah restoran di Kota Kinabalu.
01:36Suapan itu didakwa sebagai upah bagi memudahkan operasi perlombongan emas syarikat berkenaan.
01:41Mengikut pertuduhan kedua dan ketiga, Robert didakwa memperoleh suapan dalam bentuk pinjaman tunai
01:47berjumlah RM3,000 dan RM5,000 daripada Cheh Ken.
01:52Mahkamah memutuskan kedua-dua tertuduh masing-masing membayar jaminan sebanyak RM8,000
01:57berserta dua penjamin tempatan.