00:00Seorang penganggur dikenakan penjara tujuh tahun dengan tiga sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan cubaan rompakan dengan menggunakan kapak di
00:10sebuah kedai jam di Georgetown pada minggu lalu.
00:14Eng Peng Kim, 43 tahun, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Erwan Swainbon di Mahkamah Session 2 selepas pertuduhan dibacakan
00:23terhadapnya.
00:24Erwan memerintahkan hukuman tersebut bermula dari Isnin selepas mengambil kira fakta kes, rayuan mitigasi Peng Kim serta hujahan pihak pendakwaan
00:34yang memohon hukuman lebih berat.
00:36Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
00:43Dia dituduh melakukan kesalahan itu di premis Ban Hinseng Watch Enterprise di Jalan Anson pada jam 4.38 petang, 21
00:52September lalu.
00:54Mengikut fakta kes, tertuduh telah masuk ke premis berkenaan sambil membawa senjata kapak lalu cuba merompak mangsa lalu berlaku pergelutan
01:03antara tertuduh dengan mangsa.
01:05Akibat daripada itu, mangsa mengalami kecederaan pada tangan kanan kerana terkena senjata iaitu kapak yang dibawa tertuduh.
01:13Tertuduh kemudiannya ditahan di sebuah kawasan pakeh di sebuah kediaman mewah di Tanjung Tokong sehari selepas kejadian.
01:21Kes dikendalikan timbalan pendakwa raya Lee Jong Kyung manakala tertuduh tidak diwakili peguam.