Skip to playerSkip to main content
Bekas CEO FIC didakwa perdaya nilai harga pasaran 24 tanah

Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Investment Corporation (FIC) Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa, atas dua pertuduhan memperdayakan Lembaga Pengarah agensi kerajaan itu, 12 tahun lalu.

Ia berhubung pelantikan sebuah syarikat bagi projek cadangan pembangunan komersial serta nilai harga pasaran bagi 24 tanah di Bandar Kuala Lumpur dan Mukim Setapak.

Mohd Zaid Abdul Jalil, 55, yang memakai kemeja berwarna putih, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Rosli Ahmad.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798283/berita/semasa/bekas-ceo-fic-didakwa-perdaya-nilai-harga-pasaran-24-tanah

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #FIC

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang bekas ketua pegawai eksekutif Felda Investment Corporation SDN Berhad
00:05mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Kuala Lumpur pada Selasa
00:08atas dua pertuduhan memperdayakan lembaga pengarah agensi kerajaan itu 12 tahun lalu.
00:15Ia berhubung pelantikan sebuah syarikat bagi projek cadangan pembangunan komersial
00:20serta nilai harga pasaran bagi 24 tanah milik Felda di Bandar Kuala Lumpur dan Mukim Setapak.
00:26Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Zaid Abdul Jalil, 55 tahun
00:31yang ketika itu CEO FIC, didakwa memperdayakan lembaga pengarah
00:36untuk mempercayai bahawa Sinergy Prominent SDN Berhad
00:39layak dilantik sebagai projek delivery partner master developer
00:43bagi projek The Proposed Commercial Development on Felda Lots in Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
00:50Bagaimanapun, tertuduh didakwa mengetahui syarikat berkenaan
00:53hanya layak dilantik sebagai projek delivery partner master planner.
00:58Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Zaid didakwa memperdayakan lembaga pengarah
01:02dengan membuat mereka mempercayai bahawa nilai pasaran 24 bidang tanah milik Felda
01:08bagi pembangunan komersial seperti dilaporkan
01:10Firdaus & Associates Property Professionals SDN Berhad
01:14berjumlah 330.96 juta ringgit.
01:19Tertuduh juga didakwa mengetahui nilai sebenar tanah berkenaan
01:22ialah 691.7 juta ringgit.
01:27Anggaran awal nilai pasaran yang diberikan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
01:31JPPH bagi semua tanah itu ialah 180 juta ringgit.
01:37Tertuduh juga didakwa bahawa JPPH tidak pernah memberikan anggaran awal
01:41nilai pasaran berkenaan kepada FIC sehingga mendorong lembaga pengarah
01:46menerima tawaran daripada Synergy Promenet berdasarkan cadangan
01:50Minimum Guaranteed Return atau RM500 juta ringgit
01:54atau 10% daripada Gross Development Value mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
01:59Pertuduhan bagi kedua-dua kes dibuat mengikut Seksyen 417
02:03Kanun Kesaksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 5 tahun
02:07atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
02:12Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM60,000
02:15bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan kes disebut semula 29 Oktober depan.

Recommended