Skip to playerSkip to main content
  • 16 minutes ago
Trump mendakwa Kim menghormati dan menyukainya, sambil menyalahkan pentadbiran terdahulu atas program nuklear Pyongyang.
Transcript
00:00Donald Trump mempertahankan hubungannya dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un selepas ditanya mengapa Pyongyang memiliki senjata nuklear sedangkan Iran
00:08tidak dibenarkan berbuat demikian.
00:10Trump menifatkan Jong-un sebagai rakannya dan mendakwa beliau antara satu-satunya pemimpin dunia yang disukai serta dihormati pemimpin Korea
00:18Utara itu.
00:21Beliau mengakui Korea Utara mempunyai keupayaan nuklear yang besar namun menyalahkan pentadbiran-pentadbiran terdahulu kerana gagal menghalang pembangunan senjata berkenaan.
00:30Menurut Trump, program nuklear Pyongyang boleh dihantikan jika Presiden terdahulu mengambil berdekatan seperti yang dilaksanakannya.
00:37Korea Selatan menganggarkan jirannya Korea Utara memiliki antara 80 hingga 120 peledak nuklear jauh lebih tinggi berbanding anggaran Trump sebelum
00:45ini iaitu 57.
00:45Kenyataan itu hadir ketika Trump berusaha menghidupkan semula hubungan dengan Jong-un.
00:50Selepas mengarahkan pengurangan latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat dan Korea Selatan yang disifatkannya sebagai tindakan bermusuhan terhadap Pyongyang.

Recommended