Skip to playerSkip to main content
  • 19 minutes ago
Fatima Ezzahra El Mansouri dilantik mengetuai kerajaan baharu Maghribi selepas partinya memenangi kerusi terbanyak Parlimen, sekali gus mencipta sejarah sebagai perdana menteri wanita pertama negara itu.
Transcript
00:00Raja Maghribi Raja Mohamad ke-6 melantik Fatima Al-Zahrah Al-Mansuri sebagai Perdana Menteri Wanita pertama negara itu pada
00:08selasa.
00:09Pelatikan itu dibuat selepas Parti Behaluan Liberal Tengah Pimpinan Al-Mansuri, Parti Authenticity and Modernity, PAM, muncul sebagai parti dengan
00:18jumlah kerusi terbanyak dalam pilihan raya parlimen pada 23 September lalu.
00:26Menurut kenyataan Istana Diraja, Raja Mohamad ke-6 turut mengarahkan Al-Mansuri membentuk Kerajaan Baharu.
00:33PAM yang ditubuhkan pada 2008 oleh seorang penasihat kepada Raja Mohamad sejak itu berletakkan dirinya sebagai pengimbang kepada Parti Islam,
00:42Parti Justice and Development, PJD.
00:45Parti berkenaan memperjuangkan agenda pemodenan sosial serta pendirian yang lebih cenderung kepada fahaman sekular.
00:52Maghribi merupakan sebuah negara beraja berperlembagaan dengan Raja Mohamad ke-6 masih mempunyai kuasa besar dalam beberapa bidang utama termasuk
01:01dasar luar dan pertahanan.
01:03Berdasarkan perlembagaan Maghribi, Raja melantik ketua kerajaan daripada parti politik yang memperoleh jumlah kerusi terbesar dalam Dewan Perwakilan.
01:12Pelantikan Al-Mansuri turut mencatat sejarah baharu dalam kempimpinan politik Maghribi meskipun wanita sebelum ini sudah memegang beberapa jawatan kanan
01:21dalam institusi negara.
01:23Kerajaan terdahulu mempunyai empat menteri wanita.
01:26Pelantikan itu juga berlaku selepas Raja Mohamad ke-6 sebelum ini melantik seorang wanita sebagai penasihatnya selain peningkatan penyertaan wanita
01:35dalam jawatan kanan kerajaan dan institusi awam.

Recommended