Skip to playerSkip to main content
  • 20 minutes ago
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan memastikan isu pelarian Myanmar ditangani secara menyeluruh dengan mengutamakan keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia.
Transcript
00:00Kerajaan akan terus mengutamakan keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia dalam usaha menangani isu tahanan rakyat Myanmar.
00:07Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu itu merupakan cabaran yang telah berlarutan selama puluhan tahun dan memberi kesan
00:14kepada negara dari sudut keselamatan, sosial serta pengurusan.
00:19Anwar berkata kerajaan kini melaksanakan pendekatan lebih menyeluruh melalui penguatkuasaan, penyelarasan antara agensi dan kerjasama dengan kerajaan Myanmar.
00:28Beliau berkata hasil rundingan dengan Myanmar, seramai 5,000 tahanan rakyat Myanmar akan dihantar pulang secara sukarela dan berperingkat.
00:36Daripada jumlah itu, seramai 1,476 individu memerlukan fasa pertama semalam selepas melalui proses yang dipersetujui kedua-dua negara.
00:46Anwar menegaskan bahawa segala tindakan yang dilaksanakan akan terus berlandaskan undang-undang serta nilai kemanusiaan.

Recommended