Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Universiti Malaya mencipta sejarah apabila menduduki tangga ke-194 dalam Penarafan Universiti Dunia THE 2027, sekali gus menjadi universiti Malaysia pertama menembusi kelompok 200 terbaik dunia.
Transcript
00:00Universiti tertua di Malaysia, Universiti Malaya UM berjaya menyertai kelompok 200 teratas dunia dalam penarafan Universiti Dunia WUR Times Higher
00:10Education THE 2027 apabila melonjak ke kedudukan ke-194 sekaligus menjadi universiti pertama di negara ini mencapai pencapaian itu.
00:20Pencapaian bersejarah itu menandakan peningkatan signifikan dalam kedudukan global UM dengan universiti itu melonjakkan kedudukannya daripada kelompok 351 hingga 400
00:32dalam penarafan itu pada 2023 kepada kedudukan ke-194 bagi edisi 2027.
00:42Daripada 2,297 universiti yang dinilai di seluruh dunia bagi edisi 2027, UM kini berada dalam kalangan kira-kira 85
00:52% teratas di peringkat global selain mengekalkan kedudukannya sebagai universiti di tangga tertinggi di Malaysia dalam WURDA.
01:01Naib Chancellor UM, Datuk Seri Profesor Dr. Nur Azwan Abu Osman berkata pencapaian itu mencerminkan kekuatan kolektif universiti berkenaan sekaligus
01:11menandakan kehadiran Malaysia yang lebih kukuh dalam pendidikan tinggi global.
01:15Beliau berkata UM bukan sebuah universiti yang dibina untuk mengejar penarafan semata-mata.
01:20WURDA merupakan sistem penarafan universiti berteraskan penyelidikan yang mengukur prestasi universiti menerusi lima teras utama iaitu pengajaran, persekitaran, penyelidikan, kualiti
01:33penyelidikan, industri dan pandangan antarabangsa.
01:36Antara kekuatan utama UM bagi penarafan 2027 termasuk pandangan antarabangsa dan kualiti penyelidikan mencerminkan rangkaian Akademi Global Universiti yang semakin
01:48meluas komuniti antarabangsa serta pengaruh penyelidikan yang kian meningkat.
Comments

Recommended