00:00Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersama beberapa pemimpin syarikat teknologi utama mendatangani komitmen bersama bagi meningkatkan keselamatan pembangunan teknologi kecerdasan
00:10buatan AI berkeupayaan tinggi.
00:12Dokumen yang dinamakan White House Account on Super Intelligence itu diumumkan Trump menerusi platform terus sosial pada selasan.
00:22Antara yang mendandatangani dokumen berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif CEO Google Sunda Pichai, CEO Entrepik Dario Amode, CEO Meta Mark
00:32Zuckerberg, Presiden OpenAI Greg Brodman serta CEO SAI Elon Musk.
00:39Komitmen itu menggariskan empat lapisan kawalan dan audit yang disarankan kepada syarikat yang membangunkan serta menggunakan model AI berkeupayaan tinggi.
00:48Ia termasuk kawalan dalaman bagi memantau keupayaan dan keselamatan model ketika proses latihan serta penggunaan khususnya berkaitan ancaman saiber, biosekuriti
00:59dan bahan kimia.
01:00Syarikat turut digesa menubuhkan pasukan dalaman bagi memastikan kawalan, pemantauan dan sistem pengesanan berfungsi seperti ditetapkan serta segera menangani sebarang
01:10masalah yang dikenalpasti.
01:11Selain itu, penilaian bebas oleh juru audit atau penilai luar turut disarankan bagi memastikan langkah keselamatan berkenaan dilaksanakan dengan berkesan.
01:21Komitmen itu juga mencadangkan penubuhan jawatan kuasa bebas di peringkat lembaga pengarah untuk memantau pelaksanaan kawalan keselamatan serta menerima laporan
01:30daripada pasukan dalaman dan juru audit luar.
01:32Menerusi dokumen berkenaan, syarikat yang terlibat turut bersetuju untuk mengadakan pertemuan secara berkala bagi menetapkan piawaian dan amalan terbaik dalam
01:42meningkatkan keselamatan sistem AI.
01:44Menurut dokumen itu, langkah berkenaan pada masa hadapan boleh dijadikan undang-undang atau peraturan sekiranya diperlukan.
01:51Namun komitmen yang diumumkan itu pada asasnya merupakan langkah sukarela oleh syarikat yang terlibat.
Comments