00:00Sebuah pesawat tentera udara AS berlepas dari Costa Rica pada selasa dengan membawa 45 ton metrik dadah untuk dimusnahkan.
00:08Pesawat tentera jenis C-17 itu berlepas dari Alahula, kira-kira 20km barat laut San Jose, membawa kokain yang dirampas
00:17dalam beberapa operasi penguatkuasaan.
00:21Kedutaan Amerika di Costa Rica dalam satu kenyataan memaklumkan operasi berkenaan dilaksanakan dengan sokongan Republik itu serta beberapa anggota gabungan
00:31Shield of the Americas.
00:33Menurut kenyataan itu, operasi berkenaan berjaya menghalang dadah bernilai lebih $1.25 bilion daripada jatuh ke tangan rangkaian jenayah.
00:43Costa Rica dan AS telah bekerjasama dalam aspek keselamatan sejak beberapa tahun lalu termasuk menerusi rondaan maritim bersama.
00:52Presiden Donald Trump turut mengundang Costa Rica menyertai gabungan Shield of the Americas yang bertujuan membantras kartel dadah.
00:59Presiden Costa Rica Laura Fernandez dalam satu temubual awal bulan ini berkata, operasi darat AS berpotensi memperkukuh keselamatan negara itu.
01:09Bagaimanapun beliau menegaskan tiada sebarang rancangan konkret sedang dibincangkan dengan Washington dan sebarang langkah sedemikian memerlukan kelulusan badan perundangan negara.