00:00Selepas lebih tiga dekad dimansuhkan Akta Perkhidmatan Parlimen Akta 869 kembali berkuatkuasa hari ini dengan memberi kuasa autonomi kepada Parlimen
00:10dalam menguruskan pentadbiran dan hal ehwalnya.
00:13Menteri di Jebatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Osman Said berkata penguatkuasaan akta itu menjadi
00:21antara pencapaian penting dalam agenda reformasi institusi kerajaan.
00:28Bila berkata penguatkuasaan akta berkenaan selepas lebih tiga dekad menandakan satu detik penting dalam sejarah Parlimen Negara,
00:36Akta 869 membolehkan Parlimen mempunyai perkhidmatan khusus untuk menguruskan pentadbiran, sumber manusia dan hal ehwalnya secara lebih bebas dan berkesan.
00:46Katanya langkah itu turut memperkukuh kedudukan Parlimen sebagai badan perundangan tertinggi dalam sistem demokrasi berparlimen negara.
00:53Reformasi itu juga menurutnya turut mencerminkan komitmen kerajaan yang mendukung prinsip doktrin, pengasingan kuasa serta sistem semak dan imbang antara
01:02cabang perundangan, eksekutif dan kehakiman.
01:05Ujar beliau dengan autonomi institusi yang lebih kukuh, Parlimen dapat melaksanakan fungsi perlembagaan suatu tanggungjawabnya kepada rakyat dengan lebih bebas,
01:13berkesan dan berwibawa.
01:14Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 sebelum ini dimansuhkan melalui Akta Perlembagaan Pindaan 1992 yang berkuat kuasa pada 20 November 1992.
01:26Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyifatkan Akta Berkenaan sebagai satu kejayaan cemerlang dalam sistem demokrasi Malaysia.
01:33Menurutnya, Akta Berkenaan membolehkan Parlimen berfungsi secara bebas penuhnya daripada pentadbiran kerajaan.