00:00Arab Saudi menegaskan sokongan penuhnya kepada kerajaan Yaman dalam usaha memperluaskan kuasa pentadbiran yang sah dan menghadapi ancaman kumpulan Houthi.
00:08Putera Mahkota Muhammad bin Salman berkata, Riyad akan terus membantu kerajaan Yaman yang diiktiraf antarabangsa dalam usaha memulihkan kestabilan dan
00:16keselamatan negara berkenaan.
00:21Menurut Muhammad Salman, Riyad pada masa sama akan terus berusaha mengurangkan ketegangan serantau dan menyokong penyelesaian menerusi saluran diplomatik.
00:29Beliau bagaimanapun menegaskan, kerajaan Arab Saudi tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap sebarang ancaman atau serangan yang
00:38menjejaskan keselamatan negaranya.
00:40Muhammad Salman menyampaikan kenyataan itu ketika membacakan titah di Raja Tahunan bagi pihak Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul
00:47Aziz Al Saud sempena pembukaan tahun ketiga penggal ke-9 Majlis Surah Arab Saudi.
00:53Menurut agensi berita Arab Saudi, titah berkenaan turut menyentuh komitmen berterusan Riyad dalam memperkukuh keselamatan serantau, kestabilan ekonomi dan hubungan
01:02antarabangsa.
01:03Kenyataan itu dibuat ketika konflik di Yaman terus memuncak dengan pertempuran yang sebagai sengit antara pasukan kerajaan dan kumpulan Houthi
01:11di beberapa wilayah utama.
01:13Terima kasih telah menonton!
Comments