Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Hospital-hospital di Gaza berdepan krisis serius apabila kekurangan bahan api menjejaskan operasi rawatan kritikal. Pihak hospital memberi amaran bekalan elektrik yang terhad dan penghentian penghantaran diesel boleh mengancam nyawa pesakit termasuk bayi yang memerlukan rawatan intensif.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Hospital-hospital di Gaza kini berdepan tekanan yang semakin kritikal apabila kekurangan bahan api sekaligus menjejaskan operasi perkhidmatan kesihatan.
00:08Di hospital kanak-kanak Al-Rantisi, beberapa jabatan terpaksa ditutup bagi menjimatkan bekalan elektrik untuk unit rawatan kritikal.
00:19Ketua Jabatan Pediatrik Hospital itu, Dr. Syarif Mata berkata, kekangan bekalan elektrik menyebabkan kemudahan rawatan rapi tidak dapat beroperasi sepenuhnya.
00:28Menurut pihak hospital, penjana elektrik kini menjadi sumber tenaga utama bagi kebanyakan kemudahan kesihatan di Gaza selepas gangguan bekalan elektrik
00:37berterusan.
00:39Bagaimanapun, kekurangan diesel, minyak pelincir dan alat ganti menyebabkan operasi penjana semakin sukar untuk dikekalkan.
00:46Pegawai Penyelenggaraan Kompleks Perubatan Al-Nasar, Hatim Al-Swairki berkata, penggunaan penjana melebihi tempoh operasi yang direka telah meningkatkan risiko
00:55kerosakan.
00:56Bekala elektrik yang terhad kini diberikan keutamaan kepada Jabatan Kritikal termasuk unit neonatal dan rawatan intensif yang memerlukan peralatan perubatan
01:06beroperasi tanpa henti.
01:08Seorang penjaga pesakit berkata, keperluan elektrik amat penting khususnya bagi bayi dan kanak-kanak yang bergantung kepada peralatan pemantauan kesihatan.
01:16Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, penghantaran diesel oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO kelebih 20 hospital dan pusat kesihatan telah dihentikan
01:26sejak 19 September akibat kekurangan dana yang kritikal.
01:30Terima kasih telah menonton!

Recommended