Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Dua peserta KLSCM 2026 cedera selepas dilanggar motosikal yang bergerak melawan arus di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur, pagi Sabtu. Saringan awal alkohol terhadap penunggang menunjukkan keputusan positif.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dua peserta larian Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon KLSCM 2026
00:06cedera selepas dilanggar sebuah motosikal di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur pagi Sabtu.
00:12Penunggang motosikal itu dipercayai mabuk dan bertindak melawan arus
00:16dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi ketika laluan berkenaan ditutup bagi acara larian tersebut.
00:27Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Kuala Lumpur
00:31Assistant Komisional Muhammad Zam Zuri Muhammad Isa berkata
00:35siasatan awal mendapati penunggang bersama peboncing lelaki berusia 19 tahun
00:39melepasi laluan yang ditutup menggudakan kon.
00:43Penunggang telah diarahkan berhenti oleh anggota polis yang bertugas
00:46namun dipercayai melarikan diri secara melawan arus sebelum melanggar kedua-dua peserta.
00:51Akibat kejadian itu, peserta wanita berusia 50 tahun mengalami kecederaan
00:56di bahagian leher dan sedang menerima rawatan di Hospital Prince Scott.
01:01Seorang lagi peserta lelaki berusia 41 tahun cedera pada lutut kanan dan tangan.
01:06Menurut Muhammad Zam Zuri, saringan awal alkohol terdapat penunggang
01:10menunjukkan keputusan positif dengan bacaan ABA sebanyak 164 mg
01:15bagi setiap 100 ml.
01:18Penunggang dan peboncing motosikal itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur
01:22bagi pengambilan sampel darah dan air kencing untuk siasatan lanjut.

Recommended