Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengarahkan siasatan dalaman menyeluruh susulan kes kematian seorang pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, yang kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Transcript
00:00Baik, dalam hari itu, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM mengarahkan satu semakan dalaman menyeluruh dijalankan serta merta berhubung insiden kematian seorang
00:10pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Yongpeng, Batu Pahat.
00:15Menterinya, Datuk Seri Fadlina Siddiq memberi amaran tegas kepada semua pihak terlibat agar tidak menyembunyikan sebarang fakta selain memastikan aspek
00:26kawalan keselamatan serta prosedur operasi standar di premis sekolah disemak secara terperinci.
00:34Fadlina turut memaklumkan kes kematian Allahyarham, Ayrin Sofia Mohd Khairul Faisal, kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan atas
00:43kesalahan membunuh.
00:44Berdasarkan taklimat polis diraja Malaysia, beliau mengesahkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun telah ditahan reman selama 6 hari untuk
00:51membantu siasatan, manakala motif kejadian masih dalam penelitian pihak berkuasa.
00:56Fadlina menegaskan semakan dalaman KPM terus merangkumi rekod kehadiran murid bagi kelas tambahan pada hari Sabtu, serta jadual rondaan syarikat
01:03kawalan keselamatan yang bertugas dengan tindakan tegas bakal diambil sekiranya terbukti wujud elemen kecuaian.
01:10Terdahulu, beliau meluangkan masa meninjau perkarangan sekolah lokasi kejadian sebelum menziarahi waris mangsa di Hospital Sultanah Nora Ismail sambil memastikan
01:18sokongan kaunseling segera digerakkan kepada warga sekolah yang terkesan.
01:23Insiden duka itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan
01:29mengarahkan siasatan segera, telus dan menyeluruh dilaksanakan tanpa sebarang kompromi.
01:35Terima kasih telah menonton!

Recommended