00:00Kedutaan Malaysia di Paris menasihati rakyat Malaysia yang berada atau merancang ke Perancis supaya sentiasa berwaspada sesulan mogok dan demonstrasi
00:09yang sedang berlaku di negara itu.
00:11Menurut kedutaan, situasi berkenaan boleh menjejaskan semua jenis pengangkutan serta perkhidmatan awam.
00:17Rakyat Malaysia dinasihati supaya memantau media tempatan dan media sosial kedutaan bersedia menyesuaikan rancangan perjalanan serta mengelak kawasan demonstrasi.
00:27Mereka juga diminta sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling terutama di kawasan sesak dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.
00:36Rakyat Malaysia yang ingin ke Perancis digalakkan mendaftarkan keberadaan mereka dengan kedutaan Malaysia di Paris menerusi email atau platform e
00:44-consular bagi memudahkan penyampaian maklumat dan bantuan sekiranya diperlukan.