Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Indonesia menggantung sementara operasi pencarian di dalam bangkai feri Virgo Transport 8 atas faktor keselamatan, dengan 55 mangsa masih belum ditemukan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Indonesia menggantung sementara operasi pencarian di dalam bangkai feri Virgo Transport 8 sehingga proses mening-apung dan menstabilkan kapal itu
00:10selesai dilaksanakan.
00:12Menurut Ketua Badan Nasional Mencari dan Menyelamat Indonesia, Muhammad Syafie, keputusan itu dibuat sesuai risiko keselamatan yang semakin meningkat kepada
00:21pasukan penyelamat yang bertugas di lokasi nahas.
00:24Beliau berkata pasukan penyelamat berjaya memasuki kira-kira 10 hingga 15 meter ke dalam kebangkai kapal namun terhalang oleh runtuhan
00:32dan objek di dalam feri.
00:35Menurut beliau, keadaan struktur kapal yang tidak stabil serta jarak penglihatan yang terhad meningkatkan risiko kepada anggota SAR.
00:43Feri Virgo Transport 8 yang membawa 243 orang terbalik dan tenggelam di Laut Jawa pada 13 September lalu ketika dalam
00:50pelayaran dari Surabaya ke Banjarmasin.
00:52Setakat ini, seramai 188 orang telah ditemukan, merangkumi 108 mangsa selamat dan 80 mayat.
01:01Seramai 55 lagi mangsa masih hilang dan operasi mencari akan diteruskan di permukaan laut dan kawasan pesisir pantai.
01:09Lebih 1,200 anggota terlibat dalam operasi ini dengan sokongan 7 pesawat dan 24 kapal besar.

Recommended