Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Eropah semakin meningkat dengan jualan mencecah paras rekod tahun ini, didorong kemunculan lebih banyak model mampu milik di pasaran.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Penggunaan kenderaan elektrik EV di Eropah semakin meningkat dengan jualan mencecah paras rekod tahun ini didorong kemunculan lebih banyak model
00:08mampu milik di pasaran.
00:10Menurut laporan Kumpulan Alam Sekitar Transport and Environment TNE, sebanyak 1.64 juta EV terjual di negara kesatuan Eropah EU
00:19bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026 meningkat 45% berbanding tempoh sama tahun lalu.
00:25EV kini merangkumi 22% daripada keseluruhan pasaran kenderaan EU meningkat 6 mata peratusan berbanding tahun lalu.
00:35TNE menyifatkan 2026 sebagai tahun penting bagi ketersediaan EV dengan pilihan model meningkat 50% dalam tempoh setahun ketika pengeluar
00:44kenderaan memperluas rangkaian bagi memenuhi sasaran pelepasan karbon EU.
00:49Pengeluar Eropah menguasai hampir 60% pasaran manakala pengeluar China dengan 21%.
00:55Dalam peritu, kenaikan harga bahan api susulan konflik di Asia Barat turut mendorong pengguna mempertimbangkan EV.
01:02Harga diesel meningkat 38% sejak Perang Iran bermula dengan kos mengisi tangki 50 liter kini kira-kira 30 euro
01:09atau RM150 lebih mahal.
01:12Terima kasih telah menonton!

Recommended