Skip to playerSkip to main content
  • 13 hours ago
Trend kutipan hasil mengikut sukuan 2025 menunjukkan peningkatan tertinggi adalah dari suku tahun kedua kepada suku tahun ketiga, iaitu sebanyak RM18.31 bilion.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan Persekutuan mencatatkan kutipan hasil berjumlah RM336.06 bilion pada 2025. Angka itu meningkat RM11.451 bilion atau 3.5
00:13% berbanding RM324.61 bilion pada 2024.
00:19Laporan Ketua Audit Negara LKAN 2 Palang 2026 mengenai penyata kewangan Kerajaan Persekutuan tahun 2025 memaklumkan hasil cukai yang berjumlah
00:31RM259.82 bilion, menyumbang 77.3% kepada keseluruhan kutipan hasil pada 2025.
00:43Tren kutipan hasil mengikut sukuan 2025 menunjukkan peningkatan tertinggi dari suku tahun ke-2 kepada suku tahun ke-3 iaitu
00:52sebanyak RM18.31 bilion.
00:55Laporan itu turut menjelaskan hasil cukai terdiri daripada cukai langsung yang diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri serta cukai tidak
01:03langsung yang diuruskan oleh Jabatan Kastam di Raja Malaysia.
01:06Pada 2025, kutipan hasil cukai berjumlah RM259.82 bilion melebihi RM6.42 bilion atau 2.5% berbanding anggaran RM253
01:20.40 bilion.
01:22Mengikut pecahan hasil, cukai langsung berjumlah RM180.55 bilion meningkat RM8.86 bilion atau 5.2% berbanding RM171.69
01:36bilion pada 2024.
01:38Komponen utama cukai langsung ialah cukai pendapatan berjumlah RM166.45 bilion.
01:44Ia terdiri daripada cukai pendapatan syarikat dan individu, cukai pendapatan petrolium, cukai pegangan korporat, cukai keuntungan modal, cukai pegangan individu,
01:55cukai pendapatan korporasi serta cukai pendapatan lain.
01:58Pada 2025, kutipan cukai tidak langsung berjumlah RM79.26 bilion meningkat RM10.77 bilion atau 15.7% berbanding RM68
02:10.49 bilion pada 2024.
02:14Terima kasih telah menonton!

Recommended