Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
PERKESO menegaskan Zetrix AI Berhad tidak pernah dilantik untuk mengutip caruman majikan atau pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, sebaliknya hanya berperanan membantu promosi dan libat urus bagi skim caruman sukarela.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Zetrix AI Berhad tidak pernah dilantik untuk mengutip caruman majikan atau pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
00:10Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkeso menegaskan syarikat itu hanya dilantik sebagai ejen bagi membantu aktiviti pemasaran dan promosi untuk memperluas penyertaan
00:20dalam skim lindung kendiri dan lindung kasih.
00:25Dalam satu kenyataan, Perkeso memaklumkan Zetrix AI Berhad tidak pernah mengutip sebarang caruman keselamatan sosial bagi pihak agensi itu.
00:34Justeru tidak timbul isu caruman tertunggak lewat diserahkan atau masih berada dalam pegangan syarikat tersebut.
00:41Perkeso menegaskan Zetrix dan mana-mana pihak ketiga tidak terlibat dalam pengurusan kutipan caruman majikan atau pekerja.
00:49Sebaliknya, pelantikan ejen luar hanya melibatkan skim lindungan kendiri dan lindungan kasih yang bersifat sukarela.
00:56Menurut Perkeso, pendekatan itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan memperluas capaian pelindungan keselamatan sosial kepada pekerja sendiri serta suri rumah yang
01:06layak.
01:07Jelas Perkeso, pelantikan ejen tidak dibuat secara automatik. Sebaliknya, setiap syarikat perlu memenuhi syarat operasi, sistem dan pematuhan yang ditetapkan.
01:16Pelantikan boleh ditamatkan sekiranya ejen didapati tidak aktif atau gagal menjalankan sebarang urusan dalam tempoh yang ditetapkan.
01:26Perkeso turut menegaskan sebarang isu melibatkan urusan Zetrix dengan pihak atau agensi lain adalah di luar bidang kuasanya.

Recommended