Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Dalam kenyataan pada Isnin (5 Oktober), syarikat itu memaklumkan keutamaan segera kumpulan itu adalah untuk menyelesaikan tunggakan berkenaan serta berusaha memulihkan perkhidmatan yang terjejas dan tertakluk kepada kelulusan pihak berkaitan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Zetrix AI Berhad menyerahkan satu cadangan penyelesaian kepada kerajaan untuk dipertimbangkan bagi menangani isu tunggakan serahan hasil kerajaan berjumlah RM314
00:11juta.
00:12Dalam kenyataan peri isnin, syarikat itu memaklumkan keutamaan segera kumpulan itu adalah untuk menyelesaikan tunggakan berkenaan serta berusaha memulihkan perkhidmatan
00:22yang terjejas dan tertakluk kepada kelulusan pihak berkaitan.
00:29Zetrix AI turut menyatakan kekesalan di atas kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan dan orang awam berikutan penggantungan sementara Perkhidmatan Jabatan
00:37Pengangkutan Jalan JPJ yang berkuatkuasa isnin.
00:41Katanya sebagai pihak penyedia perkhidmatan JPJ sejak 2000, mereka memahami kepentingan dalam memastikan perkhidmatan itu terus mudah diakses, dipercayai dan
00:50memudahkan urusan orang ramai.
00:52Zetrix AI juga memaklumkan pelanggan menggunakan perkhidmatan JPJ yang terjejas sebelum penggantungan pada 5 Oktober boleh meyakini transaksi mereka telah
01:03diproses serta dipenuhi dengan sewajarnya.
01:07Pada 2 Oktober lepas, JPJ mengumumkan perkhidmatan disediakan MyEG Sendiran Berhad dan Zetrix AI Berhad di bawah kumpulan MyEG sebagai
01:16ejen kutipan akan digantung mulai isnin.
01:20Menteri Pengangkutan Anthony Lok dalam sidang medianya berkata perkhidmatan MyEG dan Zetrix AI sebagai ejen pemungut hasil digantung kerana gagal
01:29memindahkan RM314 juta kutipan hasil kepada kerajaan dari 19 Mei hingga 30 September 2026.
01:37Lok berkata kerajaan mengambil tindakan itu selepas syarikat tersebut gagal menjelaskan tunggakan berkenaan walaupun kerajaan telah mengeluarkan 35 notis peringatan
01:48dan mengadakan sesi libat urus sejak Mei lepas.
01:52Beliau berkata MyEG telah menyerahkan cek berjumlah RM231 juta bertarikh 30 September namun bayaran itu tidak dapat diproses oleh pihak
02:02bank atas arahan syarikat terbabit.
02:08Terima kasih telah menonton!

Recommended