00:00DAP menegaskan parti itu tidak pernah melakukan perbuatan tikam belakang demi kepentingan politik dan akan terus menjunjung prinsip raja berperlembagaan.
00:10Setiusah agungnya Anthony Lok berkata tindakan pihak tertentu mempersoalkan pendirian DAP dalam isu kemelut politik Negeri Sembilan hanyalah cubaan mengalihkan
00:19perhatian daripada isu sebenar.
00:25Menerusi hantaran di Facebook, Anthony berkata Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadli Shaari telah mengubah fokus perbahasan daripada isu pokok yang
00:33sedang diperkatakan.
00:35Menurut beliau, isu sebenar adalah berkaitan tindakan 10 eksko kerajaan negeri yang telah mengangkat sumpah taat setia di hadapan Yang
00:43Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhris, Tuanku Munawir pada 7 Ogos lalu.
00:49Katanya, eksko terbabit kemudian membuat keputusan untuk mengesahkan proklamasi menurun takta Tuanku pada 16 September 2026.
00:58Beliau membangkitkan persoalan mengapa mereka sanggup mengangkat sumpah taat setia bagi membentuk kerajaan negeri jika tidak mengiktiraf kedudukan Tuanku.
01:08Sebelum ini, Ahmad Fadli mempertikai sama ada DAP akan menerima sekiranya eksko di negeri lain dipecat oleh raja tanpa kelulusan
01:16pihak eksekutif.
01:18Beliau perpandangan tafsiran terhadap peraturan berkenaan perlu dilaksanakan secara konsisten dan bukan hanya dalam konteks negeri sembilan.