00:00Dua pelaut maut dalam insiden membabitkan sebuah kapal dagang di Laut Hitam.
00:05Menurut Kementerian Dalam Negeri Romania, pada Isnin, 11 anak kapal berjaya diselamatkan.
00:11Kata Kementerian itu, insiden berlaku kira-kira 55.6km di selatan bandar Svantu Gheorghe, Romania, yang terletak di pesisi Laut
00:21Hitam.
00:22Kapal itu karam dengan media tempatan melaporkan ia terkena serangan drone.
00:26Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi mengenai laporan itu.
00:31Kebakaran turut berlaku di atas kapal ketika insiden berkenaan.