Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Parti itu menikmati peningkatan populariti di bawah kepimpinan Zack Polanski yang berkarisma dengan menarik sokongan pengundi yang tidak berpuas hati dengan pendirian kerajaan Parti Buruh berhaluan sederhana terhadap perang Israel-Hamas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Parti Green United Kingdom secara rasmi menerima pakai pendirian anti-Zionis pada ahad. Ia selepas anggotanya mengundi menyokong usul yang
00:09mengisytiharkan Zionisma sebagai satu bentuk perkauman pada persidangan tahunan parti itu di Brighton.
00:18Langkah itu disifatkan sebagai bersejarah dalam politik Britain. Usul dikemukakan kumpulan Greens for Palestine dalam parti itu memperoleh 1,022
00:29undi menyokong berbanding 813 undi menentang sekaligus menjadikannya dasar rasmi parti.
00:36Menurut usul itu, Zionisma akan dilayan seperti mana-mana bentuk rasisma lain dan parti tersebut menyokong penubuhan sebuah negara Palestine,
00:45Demokratik Tunggal.
00:46Resolusi itu antara lain menggariskan penentangan parti berkenaan terhadap Zionisma serta menegaskan semula komitmennya untuk menyokong pembebasan Palestine dan hak
00:56rakyat Palestine untuk kembali ke tanah air mereka.
00:58Resolusi itu turut menyokong gerakan boykot, divestment and sanctions atau BDS terhadap Israel, menggesa embargo senjata menyeluruh ke atas eksport
01:07ke Israel serta mengecam jenayah perang Israel.
01:10Keputusan berkenaan menyaksikan ketua parti berkenaan, Zach Polanski, diisytihar oleh Menteri Luar Israel, Gideon Sa'ah sebagai individu yang dilarang
01:19memasuki negara haram itu.
01:20Parti itu menikmati peningkatan populariti di bawah kepimpinan Polanski dengan menarik sokongan pengundi yang tidak berpuas hati dengan pendirian kerajaan
01:28parti buruh berhaluan sederhana terhadap perang Israel-Hamas.
01:32Bagaimanapun sokongan terhadap Polanski merosot, sejak beberapa bulan kebelakangan ini susulan beberapa kontroversi.

Recommended