Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
China merekodkan hampir tiga juta sesi pengecasan kenderaan tenaga baharu di lebuh raya sepanjang tiga hari pertama cuti Hari Kebangsaan, mencerminkan peningkatan penggunaan kenderaan elektrik dan keberkesanan infrastruktur pengecasan negara itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sosial China merekodkan hampir 3 juta sesi pengecasan kenderaan tenaga baru NEV di lebuh raya sepanjang 3 hari pertama cuti
00:09Hari Kebangsaan Negara itu dan peningkatan ketara itu menunjukkan penggunaan kenderaan elektrik semakin meluas dalam kalangan rakyat China terutamanya ketika
00:17musim perjalanan cuti.
00:20Dari tengah hari 1 Oktober hingga tengah malam 3 Oktober, 2.968 juta sesi pengecasan direkodkan di lebih 62,000
00:30kemudahan pengecasan yang dipantau menerusi platform nasional.
00:34Angka itu bersamaan purata harian hampir 990,000 sesi pengecasan. Jumlah tersebut meningkat 48.41% berbanding tempoh yang sama
00:45ketika cuti Hari Kebangsaan tahun lalu.
00:47Dalam tempoh yang sama, penggunaan elektrik bagi tujuan pengecasan mencecah 71.62 juta kWh. Secara purata, sebanyak 23.87 juta
00:59kWh elektrik digunakan setiap hari untuk pengecasan kenderaan tenaga baru.
01:04Jumlah itu meningkat hampir 49.4% berbanding tahun sebelumnya.
01:09Menurut pemahati industri, peningkatan berterusan itu mencerminkan keyakinan pengguna terhadap kenderaan elektrik untuk perjalanan jarak jauh ketika musim cuti.
01:19Pada masa sama, prestasi infrastruktur pengecasan yang kekal stabil walaupun berdepan permintaan tinggi menunjukkan keupayaan rangkaian pengecasan China menampung pertumbuhan
01:29pesat pasaran kenderaan elektrik.
01:31Perkembangan itu juga menggambarkan peranan mobiliti hijau yang semakin penting dalam sistem pengangkutan negara berkenaan.
01:39Terima kasih telah menonton!

Recommended