00:00Pulau Pinang merekodkan 2.3 bilion ringgit pelaburan dalam sektor teknologi perubatan atau MedTech
00:06dari tahun 2021 hingga suku pertama 2026 membabitkan 40 projek dan hampir 4,500 peluang pekerjaan.
00:16Ketua Menteri Pulau Pinang Chao Konyao berkata perkembangan itu mencerminkan pengukuhan ekosistem MedTech,
00:22negeri berkenaan serta peralihan industri kepada aktiviti pembuatan bernilai tinggi.
00:30Pulau Pinang kini menempatkan tujuh daripada 30 syarikat teknologi perubatan terkemuka dunia
00:36antaranya Abort, Boston Scientific, B-Bron, Smith Plus Nephew, Steris, Dexcom dan Intuitive Surgical.
00:45Dalam tempoh 2021 hingga pertengahan 2026, negeri itu turut merekodkan RM238 juta ekspor peralatan optikal, perubatan dan perbedahan.
00:56Dianggarkan sumbangan purata sebanyak 64% daripada keseluruhan ekspor Malaysia bagi kategori berkenaan.
01:04Perkembangan industri MedTech Pulau Pinang turut didorong kesenambungan dengan sektor elektrik dan elektronik atau E&E,
01:11hasil kepakaran negeri itu dalam bidang semiconductor dan teknologi termaju sejak lima dekad lalu.
01:17Kerajaan negeri kini memberi tumpuan untuk memperluas aktiviti bernilai tinggi
01:22memangkumi mereka bentuk, penyidikan dan pembangunan, keupayaan kawal selia serta pengujian.
01:28Pulau Pinang juga menyasarkan untuk menggandakan bilangan syarikat MedTech tempatan
01:33yang mengeluarkan peranti berdaftar dengan pihak berkuasa peranti perubatan atau MDA
01:38daripada lebih 20 kepada 40 syarikat.
01:41Syarikat tempatan terbabit menghasilkan pelbagai peranti termasuk implant ortopedik,
01:47peralatan pembedahan, produk penjagaan luka dan pergigian, penyelesaian kawalan jangkitan
01:52serta bahan guna habis perubatan.
01:55Kerajaan negeri juga akan memperkukuh kerjasama dengan pemain industri dan institusi akademik
02:00dalam melahirkan tenaga mahir termasuk jurutera, juruteknik serta pakar kualiti.